awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Pulau Pinang terima 254 aduan dalam tiga bulan

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/03/2026
05:57 MYT
JAS Pulau Pinang terima 254 aduan dalam tiga bulan
Badlishah memaklumkan JAS Pulau Pinang telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 73 surat amaran, 13 notis arahan dan lima kompaun dalam tempoh yang sama. - Gambar JAS Pulau Pinang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menerima 254 aduan berkaitan pencemaran alam sekitar dalam tempoh tiga bulan pada tahun ini.
Pengarah JAS Pulau Pinang Badlishah Ahmad berkata daripada jumlah itu, 216 melibatkan pencemaran udara, air (19), bunyi bising (lima) dan sisa buangan terjadual (dua).
“Aduan lain ialah satu berkaitan tumpahan minyak marin serta 11 berkaitan kacau-ganggu dan pembuangan sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Badlishah berkata rekod terkini pihaknya menunjukkan aduan tertinggi berkaitan pembakaran terbuka, iaitu 167 aduan melibatkan tanah terbiar, kawasan pertanian, tapak pembangunan, rizab kerajaan dan kawasan perumahan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kira-kira 60 peratus daripada jumlah aduan itu berasas manakala selebihnya didapati tidak berkaitan dan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.
Badlishah memaklumkan JAS Pulau Pinang telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 73 surat amaran, 13 notis arahan dan lima kompaun dalam tempoh yang sama.
“Pembakaran terbuka merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika disabitkan, pesalah boleh didenda tidak kurang RM25,000 dan maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai tidak menjalankan aktiviti pembakaran terbuka terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat serta menjejaskan kualiti udara.
Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan serta Pelan Tindakan Pencegahan Kebakaran Terbuka yang digerakkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam pada 15 Feb.
-- BERNAMA
TAG: JAS, Pulau Pinang, pencemaran, pembakaran terbuka
Topic Berkaitan
#JAS
#kompaun
#cuaca kering
#kualiti udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan