awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2022
23:20 MYT
JAS Selangor temui 100 tong sisa buangan punca Sungai Chandong merah
Penemuan dalam operasi JAS di Pulau Indah, Klang, pada Selasa, hampir menyelesaikan misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong. - Foto Sinar Harian
KLANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menemui 100 tong Intermediate Bulk Container (IBS) berisi pelbagai bahan buangan yang disyaki mencemarkan Sungai Chandong, Pulau Indah di sini pada Selasa.
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, penemuan tersebut dibuat menerusi satu operasi serbuan di sebuah premis di sini yang juga pusat pengumpulan buangan terjadual tanpa kebenaran pihak terbabit.
Menurutnya, operasi yang disertai oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada petang Selasa turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki yang juga berada di premis tersebut.
"Beberapa sampel buangan telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis kimia komposisi buangan.
"Siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 34B, 34A, Seksyen 18 dan Sekysen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 kini tertumpu kepada pemilik premis dan pengendali haram yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Nor Aziah berkata, sejak kejadian pencemaran yang dilaporkan pada 29 Jun lalu, sebanyak 14 buah premis sekitar Klang dan Shah Alam digempur pegawai JAS, namun tidak menemui kegiatan yang mencurigakan.
Ujarnya, penemuan dalam operasi pada Selasa tersebut hampir menyelesaikan misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong.
Beberapa sampel buangan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis kimia komposisi buangan. "Saya berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.
"Pihak JAS memandang serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas serta tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar.
"Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.
Pada Rabu minggu lepas, air Sungai Chandong yang bertukar menjadi merah tular di media sosial sebelum kembali normal berikutan air pasang pada hari sama.
Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, kejadian disyaki daripada aktiviti pembuangan efluen di kawasan perindustrian Pulau Indah. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JAS Selangor
#sisa buangan
#Sungai Chandong
#misteri pencemaran air merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan