awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang

Bernama
Bernama
10/11/2024
14:06 MYT
JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.
GEORGE TOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencemaran yang berlaku di perairan negeri itu berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang di Tanjung Bungah di sini.
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan selepas beberapa gambar memaparkan jalur berwarna coklat di kawasan perairan berkenaan tular menerusi media sosial.
"JAS akan siasat perkara itu dan ia nampak macam perbuatan sabotaj atau disengajakan sebab dibuat di tempat yang mudah dilihat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang Zarina Zainuddin berkata pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kejadian itu.
"Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian itu dan tidak dapat sebarang maklumat lagi, kami akan siasat perkara tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#pencemaran
#masjid terapung pulau pinang
#LKIM
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan