awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai

Bernama
Bernama
05/02/2026
02:00 MYT
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
JAS turut menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kematian ikan itu disyaki akibat penggunaan tuba, sekali gus menasihati mereka membuat laporan polis. - Foto JAS
ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan berhubung kejadian ikan mati di Sungai Tekai, berdekatan Pekan Naka dekat Padang Terap.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu pada 6.05 petang, Selasa lepas.
"Siasatan dijalankan pegawai JAS di lokasi menemukan bangkai pelbagai spesies ikan air tawar termasuk lampam, baung, patung dan tembakang.
"Berdasarkan maklumat awal penduduk setempat, kejadian mula dikesan kira-kira 5 petang Isnin lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan penyiasat menjalankan pengukuran in-situ di lokasi penemuan bangkai ikan berkenaan dan sebanyak empat botol sampel air sungai diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi dianalisis.
Beliau berkata JAS turut menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kematian ikan itu disyaki akibat penggunaan tuba, sekali gus menasihati mereka membuat laporan polis.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan tuba atau bom ikan bagi tujuan menangkap ikan di kawasan sungai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAS
#ikan mati
#Sungai Tekai
#ikan air tawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan