awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasa warga veteran ATM tidak pernah dilupakan dalam bajet tahunan - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
06/11/2022
21:00 MYT
Jasa warga veteran ATM tidak pernah dilupakan dalam bajet tahunan - Tengku Zafrul
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak pernah melupakan jasa mereka melalui bajet tahunan. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak pernah melupakan jasa mereka melalui bajet tahunan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan pihak tertentu kononnya Bajet 2023 yang dibentangkan bulan lepas mengabaikan veteran.
"Memang tidak semua benda boleh diumumkan dalam ucapan, kalau tak separuh hari pun tak cukup nak berucap, jadi ada banyak lagi inisiatif yang tak disebut dalam ucapan bajet tapi sebenarnya ada dalam buku bajet yang tebal itu.
"Antara yang kita umumkan untuk veteran adalah peruntukan RM10 juta di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) bagi pembiayaan usahawan khas veteran kerana kita ada veteran yang ingin berniaga," katanya dalam ucapan majlis makan malam dan ramah mesra bersama veteran ATM, Anggota Pertahanan Awam (APM) serta Ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) anjuran Skuad Antidadah Kuala Selangor.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga menyediakan RM50 juta di bawah program SEMARAK Veteran BSN untuk pembiayaan perniagaan termasuk insentif gaji PERKESO yang mana RM600-RM750 sebulan diberikan selama tiga bulan kepada majikan yang mengambil veteran bekerja.
Beliau berkata diskaun 50 peratus tiket bas juga akan diberikan kepada veteran bagi sistem pengangkutan Prasarana di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.
"Insya Allah, jika Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, kita akan membentangkan kembali Bajet 2023 dan memastikan warga veteran akan terus terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VETERAN ATM
#bajet tahunan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan