awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh malam ini, dikebumi Jumaat - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2022
07:43 MYT
Jasad Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh malam ini, dikebumi Jumaat - Laporan
Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengebumian warga Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam dijangka akan dijalankan di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Memetik laporan portal The Star, kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.
Portal itu turut melaporkan jenazah dijangka tiba di Ipoh pada 11 malam ini (Rabu).
Terdahulu, peguam mendiang, N.Surendran mengesahkan ahli keluarga Nagaenthran kini berada di Singapura untuk persiapan terakhir membawa jasad mendiang pulang ke Ipoh.
The Star turut dipetik sebagai melaporkan ibu Nagaenthran enggan ditemu ramah oleh media ketika ini.
BACA: Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal
Nagaenthran yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura telah dihukum gantung awal pagi Rabu
BACA: Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2010.
Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden.
Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.
Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.
Topic Berkaitan
#Nagaenthran K Dharmalingam
#N Surendran
#hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura
#penyeludupan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan