awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu had tempoh, elak salah guna kuasa - Bersih

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2026
09:56 MYT
Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu had tempoh, elak salah guna kuasa - Bersih
Muhammad Faisal berkata ketika ini tiada peruntukan mandatori umur persaraan wajib bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM berbeza dengan jawatan hakim yang mempunyai had umur persaraan yang jelas.
Jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dihadkan tempohnya bagi mengelakkan risiko salah guna kuasa serta memastikan tadbir urus institusi itu kekal telus dan berintegriti.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata ketika ini tiada peruntukan mandatori umur persaraan wajib bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM berbeza dengan jawatan hakim yang mempunyai had umur persaraan yang jelas.
Beliau berkata, ketiadaan had tempoh itu membuka ruang kepada pelanjutan kontrak selepas bersara dan boleh disambung dari semasa ke semasa, sekali gus menimbulkan persepsi kurang sihat terhadap kebebasan institusi berkenaan.
"Dalam kebanyakan agensi penguatkuasaan lain, amalan penggiliran (rotation) dilaksanakan.
"Sebagai contoh, dalam pasukan polis, seseorang pegawai atau anggota akan dipindahkan ke bahagian lain selepas tempoh tertentu bagi mengelakkan salah guna kuasa atau pembentukan pengaruh yang terlalu lama dalam satu-satu jawatan.
"Namun dalam konteks SPRM, tiada had tempoh yang jelas bagi jawatan tertinggi itu. Jika jawatan dipegang terlalu lama tanpa had, ia boleh menimbulkan masalah dari sudut persepsi dan tadbir urus," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Menurut Muhammad Faisal, penetapan had tempoh perkhidmatan yang jelas dan terhad adalah amalan baik dalam memastikan institusi penguatkuasaan kekal bebas, profesional dan tidak terdedah kepada sebarang pengaruh.
Topic Berkaitan
#kp sprm
#Azam Baki
#kes saham
#Bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan