awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas ditubuh siasat dakwaan babit Azam Baki - Fahmi

Pia Ernadya
Pia Ernadya
13/02/2026
05:20 MYT
Jawatankuasa khas ditubuh siasat dakwaan babit Azam Baki - Fahmi
Fahmi berkata, hasil siasatan jawatankuasa berkenaan akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan. - Foto/ Bernama
Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang dilaporkan memegang sejumlah besar saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai langkah memastikan proses siasatan dilaksanakan secara telus dan berintegriti.
Menurut beliau, jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara(KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
“Jemaah Menteri pada hari ini telah membincangkan isu yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
“Jemaah Menteri memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Sri KSN bagi menyiasat dakwaan serta perkara-perkara yang telah dibangkitkan berkait Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya, Jumaat.
Fahmi berkata, hasil siasatan jawatankuasa berkenaan akan dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan.
“Setelah selesai siasatan, dapatan tersebut akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.
“Ini adalah dalam usaha untuk memastikan aspek ketelusan dan integriti dalam proses siasatan sentiasa terpelihara,” ujarnya.
Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, didakwa memiliki 17.7 juta saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia, berdasarkan pemfailan tahunan syarikat itu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.
Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 berdasarkan harga penutupan dagangan pada Isnin.
Sementara itu, Azam dalam kenyataan rasmi pada Jumaat menegaskan beliau bersedia dan terbuka sepenuhnya untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan berhubung isu pemilikan saham berkenaan.
Beliau menegaskan tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan memaklumkan bahawa semua pengisytiharan kewangan serta harta miliknya telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam melalui saluran rasmi sebagaimana diwajibkan ke atas setiap penjawat awam.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Fahmi Fadzil
#SPRM
#kes saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan