awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa MKI: Ngeh Koo Ham minta maaf, tarik balik cadangan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/12/2023
10:53 MYT
Jawatankuasa MKI: Ngeh Koo Ham minta maaf, tarik balik cadangan
Ngeh memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.
Ahli Parlimen dari parti DAP itu berkata, dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam ketika membuat cadangan berkenaan.
Menurutnya, dia menjangkakan jawatankuasa itu akan terlibat dalam cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Disebabkan itu, beliau melontarkan cadangan berkenaan bertujuan memastikan semua pandangan diambil kira sebelum pindaan dibuat.
“Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Oleh itu saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati.
“Saya tiada niat langsung untuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam,” katanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#Ngeh Koo Ham
#Sultan Selangor
#MKI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan