awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 akan disusun semula - Fadillah

Bernama
Bernama
20/01/2024
14:30 MYT
Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 akan disusun semula - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyusunan semula itu diperlukan kerana Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu. - BERNAMA
TUARAN: Struktur Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) akan disusun semula bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyusunan semula itu diperlukan kerana Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu.
Armizan kini memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
"Kita perlu menyusun semula struktur tersebut dan kemudian kita panggil mesyuarat untuk membentangkan kertas kerja yang baharu," katanya kepada pembertita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MTPMA63 telah membincangkan mekanisme pelaksanaan bagi pembayaran balik 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah.
Fadillah berkata penstrukturan semula JKMTPMA63 antara lain membawa kembali Armizan ke jawatankuasa itu.
Katanya, beliau telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam dan membincangkan perkara berkaitan MA63.
"Kami telah duduk untuk mendapatkan arahan daripada beliau (Hajiji). Dan apa yang saya akan lakukan setakat MA63 berkenaan (ialah) akan mendapatkan kedua-dua Armizan dan juga (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Datuk Ewon Benedick untuk duduk dalam jawatankuasa itu.
"Bermula dari situ, kita akan mulakan perbincangan," kata Fadillah yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Pada Disember tahun lepas, Ewon, yang juga ahli MTPMA63 dan JKMTPMA63, mencadangkan rangka mekanisme untuk pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan kepada Sabah dan akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Ahli Parlimen Penampang itu berkata rangka kerja mekanisme yang dicadangkan itu mengambil kira isu teknikal berkaitan ketersediaan data berkaitan kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974, bertujuan untuk pendekatan yang lebih praktikal dan bergerak ke hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Teknikal MTPMA63
#Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan