awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
Hubungan rakyat dengan rakyat tonggak kerjasama Malaysia-India - Pesuruhjaya Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi

Bernama
Bernama
09/02/2026
11:00 MYT
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
Nga ketika ditemui pengamal media pada Penyerahan Jentera Bomba dan Ops Siaga Raya 2026 di sebuah pusat membeli belah hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti 80 peratus atau kira-kira 12,000 pegawai dan anggotanya bagi memastikan kesiapsiagaan sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina berada pada tahap tertinggi.

Ringkasan AI
  • JBPM membekukan cuti 80% anggota sebanyak 12,000 orang sempena Tahun Baharu Cina untuk tingkatkan kesiapsiagaan.
  • Menteri Nga Kor Ming tekankan langkah itu bagi pencegahan kebakaran yang teratur dan berkesan.
  • Sasaran untuk kurangkan nilai kerugian harta benda akibat kebakaran pada tahun ini, turun daripada RM2.24 bilion pada 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata langkah berkenaan khusus bagi membolehkan tindakan pencegahan kebakaran, sekiranya berlaku di musim perayaan dibuat dengan tersusun, teratur dan berkesan.
"Cuti 80 peratus anggota bomba akan dibekukan minggu ini hingga selesai musim perayaan Tahun Baharu Cina," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Penyerahan Jentera Bomba dan Op Siaga Raya 2026 di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang 2025, JBPM melaksanakan 21,000 pemeriksaan bangunan dengan 11,260 notis dikeluarkan kepada 1,612 premis di seluruh negara.
"Kita sasarkan pemeriksaan 18,000 bangunan (dilaksana JBPM) tetapi kita berjaya melepasi sasaran iaitu 21,000 pemeriksaan.
"Notis itu bukan bersifat untuk menghukum tetapi untuk mendidik. Kita harap mereka yang menerima notis akan akur ikuti arahan bomba dan lakukan langkah pencegahan dengan kadar segera sebelum tindakan undang-undang dikeluarkan," katanya.
Sementara itu, Nga berkata beliau berharap nilai kerugian harta benda akibat bencana kebakaran dapat dikurangkan pada tahun ini berbanding RM 2.24 bilion pada 2025.
"Sasaran kita, kita nak pastikan angka itu terus menunjukkan penurunan walaupun lebih banyak projek sedang dijalankan. Langkah keselamatan dan kesedaran itu wajib kita pupuk bersama," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga keselamatantidak boleh dipikul oleh kementerian dan agensi semata-mata sebaliknya mesti menjadi budaya yang sebati dalam masyarakat.
"Apabila bermain bunga api, jauhi kawasan kediaman bagi mengelakkan risiko kebakaran dan pastikan kanak-kanak sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa. Jangan letak perabot, basikal atau barangan yang tidak digunakan di laluan koridor, tangga kecemasan dan ruang laluan kondo kerana ia boleh menghalang laluan keselamatan ketika berlaku kecemasan.
"Kita nak semua rakyat cakna dan berpengetahuan serta mampu melaksanakan penguatkuasaan dan pengurusan risiko secara kendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Tahun Baharu Cina
#musim perayaan
#bunga api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan