awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac

Bernama
Bernama
25/02/2025
22:15 MYT
JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Ahmad Izram (kanan) beramah mesa bersama warga JBPM Pahang bersempena lawatan kerja di Ibu Pejabat Bomba Pahang, pada Selasa. - Gambar Bernama
KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pihaknya telah membuat persiapan awal untuk menghadapi musim kemarau ini, bagi memastikan keadaan terkawal.
"Walaupun masih ada banjir kilat di sesetengah tempat, kita perlu beralih dari persiapan banjir kepada persiapan untuk kemarau, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kebajikan kepada anggota bomba dan balu anggota yang berhadapan musibah sempena lawatan ke Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota, di sini, pada Selasa.
Ahmad Izram menjelaskan, musim kemarau ini dijangka membawa kebakaran belukar dan tanah gambut, berikutan pengalaman lalu.
Oleh itu, pihaknya telah melakukan lawatan dan pemantauan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada kebakaran tersebut.
Pahang merupakan negeri ketiga dalam lawatannya, selepas Kelantan dan Terengganu.
Turut hadir, Pengarah JBPM Pahang, Mohd Razam Taja Rahim.
Selain itu, Ahmad Izram berkata JBPM juga turut mempertingkatkan kesiapsagaan dalam operasi menyelamat dengan memendekkan waktu respons serta mengenal pasti laluan alternatif bagi memastikan bantuan segera tiba ke lokasi kebakaran.
"Persiapan ini merangkumi seluruh negara termasuk Pahang, seperti di Rompin. Baru-baru ini, kebakaran terbuka dilaporkan di ladang kelapa di belakang kilang MCKIP Gebeng sejak Sabtu lepas. Setakat ini, anggota bomba dari Balai Gebeng berjaya memadamkan api seluas 0.4 hektar dan usaha pemadaman masih diteruskan," katanya.
Dalam perkara lain, beliau berkata, statistik kematian mangsa lemas sepanjang tempoh MTL pada tahun lepas hingga kini di Pahang, ialah seramai lapan mangsa, kebanyakannya lelaki dewasa dan seorang warga emas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#JBPM
#MetMalaysia
#warga emas
#tanah gambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan