awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan timbalan menteri

Assim Hassan
Assim Hassan
29/09/2020
12:00 MYT
Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan timbalan menteri
Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU:Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Jeffrey yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II berkata, surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ya memang betul saya sudah letak jawatan sebagai timbalan menteri.
“Peletakan jawatan itu memandangkan kita tidak boleh memegang dua jawatan (sekali gus),” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Terdahulu, Jeffrey mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Istiadat mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Topic Berkaitan
#Presiden Parti Solidariti Tanah Airku
#Jeffrey Kitingan
#letak jawatan
#Timbalan Menteri
#Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Timbalan Ketua Menteri Sabah II
#Sabah
#PRN Sabah
#Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan