awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia

Bernama
Bernama
03/04/2024
22:45 MYT
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh, di Pahang masing-masing merekodkan cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat 4.30 petang Rabu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam kemas kini status cuaca panas di laman Facebook turut memaklumkan, terdapat 20 kawasan di Semenanjung dan masing-masing dua kawasan di Sabah dan Sarawak yang merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Kawasan terlibat ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Tampin dan Jelebu (Negeri Sembilan), Jerantut, Bera, Raub, Lipis, Maran, Pekan dan Bentong (Pahang), Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut dan Dungun (Terengganu).
Sementara di Sarawak melibatkan kawasan Mukah dan Limbang, di Sabah membabitkan Tuaran dan Tenom.
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan keadaan cuaca panas dan kering dijangka beransur pulih menjelang pertengahan bulan ini apabila negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun bermula 29 Mac dan berterusan hingga Mei.
Dalam tempoh ini, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat. - BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#gelombang haba
#cuaca panas
#peralihan monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan