awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Konflik Asia Barat: Orang ramai hadir upacara peringatan Khamenei di Tehran
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah menteri penuhi KPI, laksana tugas dengan integriti - JPM

Bernama
Bernama
26/02/2026
02:01 MYT
Jemaah menteri penuhi KPI, laksana tugas dengan integriti - JPM
Budaya prestasi tinggi dan integriti akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap kementerian berfungsi secara efektif, cekap dan beramanah. - Foto fail/BERNAMA
Barisan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhan telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti serta memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan bagi setiap kementerian, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).
JPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen memaklumkan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran integriti.
“Kerajaan percaya akauntabiliti bukan sekadar soal hukuman, sebaliknya melibatkan pembetulan, penambahbaikan berterusan dan tanggungjawab moral kepada rakyat.
“Justeru, budaya prestasi tinggi dan integriti akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap kementerian berfungsi secara efektif, cekap dan beramanah,” menurut jawapan itu.
Jawapan berkenaan diberikan bagi menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap prinsip akauntabiliti Kabinet serta sama ada kegagalan prestasi kementerian akan disusuli tindakan tegas selaras dengan amalan tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen serta rakyat.
Menurut JPM, Kerajaan MADANI menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap prinsip akauntabiliti Jemaah Menteri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, prinsip tanggungjawab bersama serta kebertanggungjawaban individu setiap menteri kepada Parlimen dan rakyat.
JPM memaklumkan prinsip itu dilaksanakan menerusi pemantauan prestasi berasaskan KPI dan pelan strategik yang mengkehendaki setiap kementerian menetapkan sasaran jelas, terukur serta sejajar dengan Dasar Malaysia MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12.
“Pencapaian dinilai secara berkala dan dipantau oleh agensi berkaitan seperti Unit Pantau MADANI dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).
“Selain itu, pengukuhan tadbir urus dan integriti dilaksanakan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP), pemerkasaan Jabatan Audit Negara serta usaha memperkasa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah,” menurut JPM.
-- BERNAMA
TAG: JPM, prestasi, KPI, Kabinet, Dewan Rakyat
Topic Berkaitan
#jemaah menteri
#KPI
#Dewan Rakyat
#JPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan