awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah adinda Yang Di-pertuan Agong selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
22/05/2014
01:39 MYT
Jenazah adinda Yang Di-pertuan Agong selamat dikebumikan
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menyiram air ke makam Almarhum adindanya selepas selesai disemadikan. --fotoBERNAMA
Jenazah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, 75, yang mangkat tengah malam Rabu selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat sini petang.
Turut berada di Makam Diraja itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang merupakan kekanda Tunku Annuar, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, isteri Tunku Annuar Toh Puan Bendahara Kedah Puan Sri Nor Suzana Abdullah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Jenazah Almarhum Tunku Bendahara Kedah itu dibawa menaiki pedati sejauh kira-kira 20km dari Istana Anak Bukit di sini pada pukul 3.40 petang dan tiba di Makam Diraja itu pada pukul 5.15 petang.
Jenazah Almarhum dimasukkan ke dalam liang lahad pada 5.30 petang dan majlis pemakaman selesai kira-kira 6.30 petang.
Tunku Annuar mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam.
Berikutan kemangkatan Tunku Annuar, Mukhriz mengumumkan bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai Rabu.
Beliau berkata tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Mei dan sepanjang tempoh berkenaan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, Rabu diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah.
Topic Berkaitan
#mangkat
#Raja Permaisuri Agong
#Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan