awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2024
06:00 MYT
Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan
Jenazahnya Allahyarham Fiza Kamarudin dikebumikan pada jam 12.50 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur. - Gambar/ Astro/ Azrul Rafie
KUALA LUMPUR: Jenazah wartawan hiburan Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin yang meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, tengah hari ini.
Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Siti Nor Hafizah atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin, hadir memberi penghormatan terakhir.
Jenazahnya dikebumikan pada jam 12.50 tengah hari dalam suasana penuh pilu dengan ramai ahli keluarga dan rakan-rakan kelihatan menahan sebak dan berpelukan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dijadualkan menyantuni keluarga Allahyarham sekitar pukul 3 petang ini di kediaman keluarganya di Ampang, Selangor.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Kampung Baru. - Gambar/ Astro/ Azrul Rafie
Solat jenazah dilakukan di Masjid Kampung Baru. - Gambar/ Astro/ Azrul Rafie
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.47 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Baru untuk solat jenazah.
Allahyarham yang berusia 40 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Charing Cross, pada jam 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) akibat pendarahan otak pada 28 Disember lepas.
Beliau menerima rawatan di hospital itu selepas dilapor tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 27 Disember lepas untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti bersama keluarganya.
Sekitar pengebumian Allahyarham Fiza Kamarudin di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah, Taman Selasih, hari ini. - Gambar/ Astro/ Azrul Rafie
Sekitar pengebumian Allahyarham Fiza Kamarudin di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah, Taman Selasih, hari ini. - Gambar/ Astro/ Azrul Rafie
Allahyarham yang merupakan bekas pesakit kanser payudara sebelum ini turut aktif dalam kempen kesedaran kanser dan kerap tampil memberi semangat kepada pesakit untuk terus berjuang meneruskan hidup.
Walaupun disahkan bebas kanser enam tahun lalu, sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif.
Topic Berkaitan
#Siti Nor Hafizah Kamarudin
#Fiza Kamarudin
#selamat dikebumi
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan