awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/03/2023
22:15 MYT
Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah dua beradik lelaki (gambar kecil) yang mati lemas dalam lombong pasir, Mamod Shukur dan Muhammad Nazeri, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jawa Tikam Batu, Sungai Petani, malam tadi. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Jenazah dua beradik lelaki yang mati lemas dalam lombong pasir dekat Kampung Permatang Kedundong, Pinang Tunggal, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Jawa Tikam Batu, di sini, sekitar jam 10 malam tadi.
Terdahulu, jenazah Mamod Shukur Belal Hussain dan abangnya, Muhammad Nazeri, dibawa dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani selepas bedah siasat selesai dijalankan.
Sebaik tiba, jenazah disolatkan di Surau Kampung Jawa dan terus dibawa ke tanah perkuburan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik jasad dua beradik itu dimasukkan ke dalam liang lahad.
Dalam kejadian semalam, mayat pertama Mamod Shukur, 4 tahun, ditemukan pada jam 7.30 pagi manakala mayat abangnya yang berusia 6 tahun, jam 2.45 petang, kira-kira 15 meter di dasar lombong.
BACA: 2 beradik lemas: Bapa terkilan tidak sempat tunai 'permintaan terakhir'
Dua beradik itu dipercayai pergi ke kawasan lombong itu tanpa disedari ibunya yang ketika itu sedang memasak di rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Zaidy Che Hassan, memaklumkan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#jenazah dua beradik
#satu liang lahad
#dua beradik lemas
#lombong pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan