awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Marina Yusoff selamat dikebumikan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/03/2026
03:50 MYT
Jenazah Marina Yusoff selamat dikebumikan
Ida Nerina disantuni oleh kaum keluarga dan rakan-rakannya sebaik selesai pengebumian jenazah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Jenazah bekas pemimpin politik disegani, Datuk Marina Md Yusoff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada Khamis.
Allahyarham Marina yang berusia 84 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.16 petang Rabu di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat sakit tua.
Terdahulu, solat jenazah Allahyarham dilaksanakan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada jam 10 pagi sebelum pengebumian.
Marina yang juga bekas ahli politik dan usahawan dikenang sebagai tokoh wanita yang aktif dalam politik tanah air serta banyak menyumbang kepada masyarakat.
Menurut anaknya, pelakon Ida Nerina, Allahyarham ibunya merupakan seorang wanita yang tegas, namun sangat merendah diri serta disenangi ramai.
“Beliau wanita yang hebat. Banyak yang dilakukan untuk rakyat Malaysia, termasuk penglibatan dalam Majlis Tertinggi Parlimen serta usaha memulakan pusat dialisis.
“Ibu saya seorang yang tegas tetapi beliau disayangi kerana kerendahan hatinya. Rumah kami sentiasa dikunjungi saudara-mara dan rakan-rakan, jadi tempat kami berkumpul,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham ibunya, di sini.
Antara kenalan yang hadir memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Marina ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar; adik kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Nazir Razak serta rakan artis seperti Vanidah Imran dan Hairul Azreen.
Sepanjang penglibatannya dalam politik, Marina pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Wanita UMNO dari 1972 hingga 1974.
Beliau juga antara pemimpin terawal yang terlibat dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional dan pernah memegang jawatan Naib Presiden parti itu pada 1999 sebelum ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada 2003 bagi membentuk Parti Keadilan Rakyat.
Allahyarham Marina meletakkan jawatan tersebut pada tahun 2000 atas faktor kesihatan selain mahu memberi tumpuan kepada bidang pembangunan hartanah.
Topic Berkaitan
#Marina Yusoff
#jenazah Marina Yusoff
#ibu Ida Nerina
#Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan