awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pelajar Malaysia maut di Edinburgh dibawa pulang - KPT

Bernama
Bernama
04/06/2017
08:02 MYT
Jenazah pelajar Malaysia maut di Edinburgh dibawa pulang - KPT
Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh Education Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), polis, hospital dan Universiti Edinburgh. -Facebook Zhi Min Soh
Jenazah pelajar perubatan Malaysia di Universiti Edinburgh, Scotland, Zhi Min Soh, yang maut dalam kemalangan pada 31 Mei lepas akan dibawa pulang dalam masa terdekat, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
KPT dalam kenyataan hari ini berkata urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh Education Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), polis, hospital dan Universiti Edinburgh.
Menurutnya, keluarga mendiang telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian tersebut.
Menurut laporan media, nahas berlaku pada 8.30 pagi apabila roda basikal yang ditunggang Zhi, 23, tersangkut pada laluan trem di tengah bandar Edinburgh sebelum terjatuh ke laluan kenderaan utama dan dirempuh oleh bas pelancong.
Zhi yang merupakan pelajar tahun empat tajaan JPA dilaporkan meninggal dunia di Hospital Edinburgh Royal Infirmary akibat kecederaan yang teruk.
Sehubungan itu, KPT mengingatkan pelajar Malaysia supaya sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan terutamanya ketika memandu dan menguruskan pergerakan seharian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#Universiti Edinburgh
#Zhi Min Soh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan