awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Ridzuan selesai disembahyang, akan dikebumikan di Hulu Langat

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
04/05/2023
12:02 MYT
Jenazah Ridzuan selesai disembahyang, akan dikebumikan di Hulu Langat
Antara filem lakonan Allahyarham adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Jenazah pelakon terkenal, Allahyarham Ridzuan Hashim selesai disembahyangkan di Masjid Al-Mutaqqim, Hulu Langat sekitar jam 7 malam.
Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Islam Dusun Tua untuk dikebumikan sebentar lagi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari Khamis.
Anak Allahyarham, Dhaniya Ridzuan ketika dihubungi Astro AWANI hari ini memaklumkan bapanya dipercayai mengalami serangan jantung lalu rebah sebelum dikejarkan ke HKL pada Khamis.
Tambahnya, Allahyarham juga memiliki sejarah penyakit jantung sebelum ini dan pernah dimasukkan ke hospital.
BACA: Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia
BACA: 'Bapa disyaki kena serangan jantung' - Anak pelakon Ridzuan Hashim
Allahyarham mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersial sebelum terbabit dalam bidang lakonan.
Antara filem lakonan Allahyarham adalah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, KL Gangster dan beberapa buah filem lain.
Allahyarham berkahwin dengan Didie Alias pada 1991 dan berpisah pada 2002. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak.
Topic Berkaitan
#Ridzuan Hashim
#pelakon terkenal
#meninggal dunia
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan