awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad

Bernama
Bernama
24/03/2026
11:17 MYT
Jenazah tiga beranak maut kemalangan dikebumi dalam satu liang lahad
Suasana pilu menyelubungi apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di KM 59, Jalan Jerangau-Jabor di Felda Jerangau dekat Dungun, semalam, dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong, Setiu, hari ini untuk dikebumikan. - Foto BERNA
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Dungun semalam selamat dikebumikan petang tadi.
Nurul Hafizah Shaary, 39, dan dua anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, serta Nur Radya Athalia, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu, 6.15 petang tadi.
Sebelum itu, jenazah tiga beranak tersebut dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan Sungai Tong dan disolatkan selepas asar.
Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen di sebuah syarikat penapis air dan udara bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan adiknya.
Namun kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar paip air serta tiang elektrik di sebelah kiri.
Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak mangsa, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhlis Aral Yn, 9, cedera dan kini dirawat di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah tiga beranak
#kebumi satu liang lahad
#terengganu
#Dungun
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan