awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun harap AS, Iran akan segera capai perjanjian damai, redakan situasi Asia Barat

Bernama
Bernama
13/04/2026
07:46 MYT
Jepun harap AS, Iran akan segera capai perjanjian damai, redakan situasi Asia Barat
AS dan Iran mengadakan rundingan dua hari hingga Ahad di Islamabad, ibu negara Pakistan yang bertindak sebagai pengantara, namun gagal mencapai perjanjian damai. - Gambar fail

Jepun berharap satu "perjanjian muktamad" akan segera dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk meredakan situasi Asia Barat, kata jurucakap tertinggi kerajaan pada Isnin, selepas rundingan damai hujung minggu Washington-Tehran gagal mencapai kesepakatan, lapor Kyodo News.

"Apa yang paling penting ialah meredakan ketegangan, termasuk memastikan keselamatan pelayaran melalui Selat Hormuz, sebenarnya tercapai," kata Ketua Setiausaha Kabinet Minoru Kihara pada sidang akhbar, sambil menambah Tokyo sedang mengikuti perkembangan rundingan itu dengan teliti dan akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa.

Kihara juga berkata tiada keputusan dibuat sama ada Jepun bercadang untuk menghantar Pasukan Pertahanan Diri negara itu bagi operasi pembersihan periuk api di selat berkenaan, laluan pengangkutan tenaga global di mana Iran mungkin telah meletakkan periuk api bagi mengukuhkan sekatan de factonya.

Berikutan perjanjian gencatan senjata mereka selama dua minggu, AS dan Iran mengadakan rundingan dua hari hingga Ahad di Islamabad, ibu negara Pakistan yang bertindak sebagai pengantara, namun gagal mencapai perjanjian damai.

Selat tersebut telah ditutup secara berkesan oleh Iran sejak AS dan Israel menyerang negara itu pada akhir Feb.

Jepun, sekutu keselamatan AS yang rapat, secara tradisinya mengekalkan hubungan mesra dengan Iran.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Jepun
#perjanjiran
#Amerika Syarikat
#Iran
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan