Jepun mohon pembebasan awal dua warga ditahan di Iran

Toshimitsu Motegi, Menteri Luar Jepun. - Gambar fail/AP
Jepun pada Isnin meminta Iran untuk membebaskan awal dua warganegara Jepun yang ditahan di negara Asia Barat itu, menurut kementerian luar, lapor Xinhua.
Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi mengemukakan permohonan itu semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran Abbas Araghchi, menurut kementerian itu dalam kenyataan akhbar.
Sebagai maklum balas, Araghchi menyatakan bahawa Iran akan terus bekerjasama bagi menjamin keselamatan rakyat Jepun.
Motegi turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan berterusan yang saling berbalas dan kemerosotan situasi serantau, serta menggesa agar ketegangan dikurangkan dengan segera.
-- BERNAMA-XINHUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
