awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun mula lepaskan simpanan minyak strategik susulan konflik Asia Barat

Astro AWANI
Astro AWANI
26/03/2026
04:40 MYT
Jepun mula lepaskan simpanan minyak strategik susulan konflik Asia Barat
Langkah itu diambil selepas Tokyo sebelum ini mengumumkan komitmen untuk melepaskan simpanan kerajaan bagi bekalan sebulan, selain pelepasan simpanan petroleum sektor swasta bagi tempoh 15 hari. -Gambar hiasan
Jepun secara rasmi mula melepaskan sebahagian lagi simpanan minyak strategik negara itu hari ini, sebagai langkah membendung impak lonjakan harga susulan ketegangan konflik di Asia Barat.
Pegawai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Kaname Morimoto berkata proses pelepasan stok simpanan nasional kepada syarikat penapis minyak telah dimulakan pada jam 10.59 pagi waktu tempatan (9.59 pagi waktu Malaysia).
Langkah itu diambil selepas Tokyo sebelum ini mengumumkan komitmen untuk melepaskan simpanan kerajaan bagi bekalan sebulan, selain pelepasan simpanan petroleum sektor swasta bagi tempoh 15 hari.
Jurucakap kerajaan, Minoru Kihara berkata pelepasan rizab itu bertujuan menstabilkan pasaran domestik yang terjejas akibat gangguan rantaian bekalan global.
Beliau turut mengesahkan bahawa pemindahan minyak daripada beberapa stesen simpanan kepada syarikat penapisan mula dilaksanakan hari ini.
Jepun merupakan pengimport minyak kelima terbesar di dunia, dengan lebih 90 peratus daripada sumber tenaganya bergantung kepada bekalan dari wilayah Asia Barat.
Penganalisis pasaran berpandangan tindakan Jepun ini sejajar dengan usaha beberapa negara maju lain yang mula menggunakan simpanan strategik masing-masing bagi mengimbangi ketidaktentuan harga minyak mentah dunia.
Sebelum ini, pasaran tenaga global menyaksikan kenaikan harga yang mendadak selepas tercetusnya konflik melibatkan Iran, yang turut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan laluan perdagangan minyak di Selat Hormuz.
Topic Berkaitan
#Jepun
#minyak mentah
#simpanan strategik
#METI
#Minoru Kihara
#Asia Barat
#Selat Hormuz
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan