awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diesel B12 dijangka di pam dalam tempoh sebulan - Akmal Nasrullah
Malaysia, Singapura percepat JS-SEZ, teroka CCUS - Akmal Nasrullah
Kapal belayar dari pelabuhan Iran walaupun diancam sekatan oleh AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun rekod 3.6 juta pelawat pada Mac, pelancong Malaysia antara penyumbang tertinggi

Bernama
Bernama
15/04/2026
11:19 MYT
Jepun rekod 3.6 juta pelawat pada Mac, pelancong Malaysia antara penyumbang tertinggi
Data terbaharu daripada Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) menunjukkan jumlah ketibaan meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh musim bunga sakura serta cuti sekolah yang bertepatan dengan perayaan Easter. -G
Industri pelancongan Jepun mencatat rekod tertinggi bagi bulan Mac dengan kehadiran 3.6 juta pelancong antarabangsa, meskipun berlaku kemerosotan ketara pelawat dari China serta kesan konflik di Asia Barat.
Data terbaharu daripada Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO) menunjukkan jumlah ketibaan meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh musim bunga sakura serta cuti sekolah yang bertepatan dengan perayaan Easter.
Korea Selatan kekal sebagai penyumbang utama dengan 795,600 pelawat, diikuti Taiwan yang mencatat peningkatan 24.9 peratus.
Pelancong dari Malaysia dan Vietnam turut merekodkan lonjakan ketara, masing-masing meningkat hampir 45 peratus, menurut data JNTO.
Walau bagaimanapun, ketibaan pelawat dari China menjunam 56 peratus kepada 291,600 orang, susulan ketegangan hubungan diplomatik antara Tokyo dan Beijing berhubung isu Taiwan.
Dalam masa sama, konflik berterusan di Asia Barat turut menjejaskan kemasukan pelancong dari rantau berkenaan, yang merosot 30 peratus, selain mengakibatkan pembatalan penerbangan serta peningkatan surcaj bahan api bagi pasaran Eropah.
Sektor pelancongan kini muncul sebagai eksport kedua terbesar Jepun selepas industri automotif, dengan pakar menjangkakan jumlah pelancong mampu mencecah 48.6 juta menjelang akhir tahun ini jika trend pertumbuhan berterusan.
Topic Berkaitan
#pelancongan Jepun
#JNTO
#pelawat antarabangsa
#musim sakura
#hubungan Jepun China
#konflik Asia Barat
#pelancong malaysia
#ekonomi Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan