awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini

Bernama
Bernama
10/10/2023
02:00 MYT
Jerebu: Empat kawasan di Semenanjung catat IPU tidak sihat pagi ini
Cheras mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu pada 169, setakat jam 9 pagi ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, dengan Cheras mencatatkan bacaan tertinggi 169, setakat 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah di Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (137) diikuti Bukit Rambai, Melaka (156).
Sementara itu, 60 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala empat kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPU tidak sihat
#IPU
#pencemaran udara
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan