awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/10/2023
12:50 MYT
Jerebu: Golongan berisiko dinasihat peka amaran, keadaan semasa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam penyakit akibat jerebu agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata negara kini berdepan dengan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang mengakibatkan cuaca panas dan kering serta jerebu yang membawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di beberapa negeri.
"Saya telah mengarahkan agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar di pautan https://apims.doe.gov.my/home.html dan Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my, media sosialnya serta memuat turun aplikasi myCuaca.
"Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang musibah yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, harta benda dan mengancam nyawa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#pengurusan bencana
#maklumat terkini
#Jabatan Meteorologi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan