awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Kerajaan setuju laksana pemindahan pelajar di Riau, Jambi

Bernama
Bernama
24/09/2019
11:07 MYT
Jerebu: Kerajaan setuju laksana pemindahan pelajar di Riau, Jambi
Proses pemindahan itu akan dilaksanakan secara bersama dengan NADMA serta agensi berkaitan termasuk MKN dan Kementerian Pendidikan. - Foto AP
Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Riau dan Jambi, Indonesia.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata proses pemindahan itu akan melibatkan pelajar yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh kerajaan Indonesia bermula semalam sehingga 31 Oktober.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 300 orang pelajar Malaysia di Provinsi Riau dan Jambi.
Wisma Putra berkata proses pemindahan itu akan dilaksanakan secara bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan.
Untuk itu, katanya bilik operasi bagi memastikan kelancaran proses evakuasi tersebut telah diaktifkan iaitu di Wisma Putra di sini, yang boleh dihubungi menerusi talian 03-8887 4570 / 03-8887 4770 atau e-mel ke [email protected].
Bilik operasi Keduataan Besar Malaysia di Jakarta pula boleh dihubungi di talian +6221-5224947 dan +62813-80813036 (whatsapp) atau e-mel ke [email protected] atau [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Pengurusan Bencana Negara
#Jambi
#jerebu
#jerebu Indonesia
#Kementerian Pendidikan
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#NADMA
#pelajar malaysia
#proses pemindahan pelajar
#Riau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan