awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Permintaan ubat dan peralatan respiratori meningkat 30 peratus

Melissa Ong
Melissa Ong
06/10/2015
12:25 MYT
Jerebu: Permintaan ubat dan peralatan respiratori meningkat 30 peratus
Kesemua farmasi lebih bersedia tahun ini berbanding tahun lalu kerana sudah menjangkakan masalah jerebu lazimnya akan berlaku sepanjang tempoh ini. - Gambar Hiasan
Permintaan ubat dan peralatan respitori meningkat sehingga 30 peratus sejak jerebu teruk melanda negara.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia, Lovy Beh, farmasi tidak berdepan masalah bagi menampung permintaan tinggi yang mendadak itu.
Menurut Beh, kesemua farmasi lebih bersedia tahun ini berbanding tahun lalu kerana sudah menjangkakan masalah jerebu lazimnya akan berlaku sepanjang tempoh ini.
"Kami telah melihat permintaan tinggi terhadap ubat berkaitan respitori dan juga ubat mata. Permintaan untuk peralatan bantuan pernafasan juga meningkat selain permintaan untuk ubat batuk, selsema, batuk dan masalah kulit juga meningkat ketika jerebu melanda." katanya dalam temubual bersama Astro Awani.
Beh bagaimanapun menolak dakwaan ada sesetengah pemilik faramasi yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Tegasnya, farmasi seluruh negara tertakluk kepada kadar harga yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Kami merupakan orang pertama untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan pesakit sewaktu mereka kurang sihat.
''Kami juga memberi nasihat dan konsultasi percuma kepada mereka termasuk mengajar mereka bagaimana untuk menggunakan peralatan bantuan pernafasan dan juga cara melindungi diri sendiri ketika jerebu melanda.'' katanya.
Beh berkata sebarang aduan berhubung farmasi tidak bertanggungjawab boleh dibuat kepada Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia.
Topic Berkaitan
#farmasi
#jerebu
#Lovy Beh
#Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan