awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greece rancang larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeritan OKU minta tolong, ditemui separuh sedar dengan jarum dialisis di tangan

Aida Aziz
Aida Aziz
25/12/2019
03:34 MYT
Jeritan OKU minta tolong, ditemui separuh sedar dengan jarum dialisis di tangan
Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pintu pagar rumah itu, sebelum berjaya menyelamatkan mangsa di dalam rumah yang terkunci. - Foto JBPM
Jeritan meminta tolong dari seorang wanita kurang upaya (OKU) yang terjatuh di hadapan pintu bilik air di rumahnya di Taman Tun Sambanthan, di sini pagi tadi mujur didengar jiran terrdekatnya sebelum mereka bertindak menghubungi pihak bomba.
Lebih menyayat hati apabila mangsa yang dikenali sebagai Ong Yun Kim, 56, pemegang kad OKU kategori ketidakupayaan fizikal, ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai akibat jarum dialisis yang ada di tangannya.
Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Pegawai Bomba Kanan II, Nashafuddin Mat Dohon, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.54 pagi.
Ujarnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pintu pagar rumah itu, sebelum berjaya menyelamatkan mangsa di dalam rumah yang terkunci.
"Memang ada jiran yang dengar jeritan minta tolong dari dalam rumah ini, malah kami juga dengar ketika sedang memecahkan pagar rumah ini.
"Semasa kami sampai didapati mangsa tinggal seorang diri dan berada di depan pintu bilik air manakala tongkat yang digunakannya berada di dalam bilik air itu.
"Kesan darah yang ada pada tubuh mangsa juga dipercayai dari jarum dialisis yang tercabut dari tangannya.
"Mangsa juga berada dalam keadaan separuh sedar namun masih boleh bercakap ketika ditemui," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Katanya, anggota bertindak menggunakan peralatan khas membuka pintu pagar sehingga berjaya, mangsa yang dipercayai sakit dan mengalami kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#bomba
#jarum dialisis
#jatuh
#mangsa
#OKU
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan