awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeti Kuala Rompin akan diperbaiki - Liow

Bernama
Bernama
23/04/2015
00:13 MYT
Jeti Kuala Rompin akan diperbaiki - Liow
Presiden MCA itu berkata dengan kewujudan jeti dan tempat letak bot yang baharu dan lebih sesuai untuk aktiviti 'sport fishing' akan mewujudkan peluang pekerjaan.
Jeti Kuala Rompin di Bandar Lama di sini, yang digunakan oleh nelayan untuk ke laut dan kini dalam keadaan uzur, akan diperbaiki supaya turut dapat digunakan oleh peminat memancing laut dalam.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kini jeti yang uzur itu turut digunakan oleh peminat memancing laut dalam serta kaki pancing dari dalam dan luar negara, terutama mereka yang berminat memancing ikan layar di Laut China Selatan.
"Kita tahu Rompin ini terkenal dengan aktiviti memancing ikan "Sail Fish" yang mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara. Tetapi apa yang menyedihkan adalah keadaan jeti yang kelihatan agak uzur," katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan penduduk Cina di sekitar kawasan Bandar Rompin di sini, pada Rabu.
Presiden MCA itu berkata dengan kewujudan jeti dan tempat letak bot yang baharu dan lebih sesuai untuk aktiviti 'sport fishing' akan mewujudkan peluang pekerjaan serta merancakkan ekonomi kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian selepas mendengar rintihan masyarakat Cina di Kuala Rompin yang mahu jeti itu diperbaiki.
Terdahulu, Liow turut membuat tinjauan dan melawat tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di kawasan Sepayang dekat sini.
Beliau berkata tanaman di kawasan Sepayang memberikan hasil yang tinggi kepada negara berikutan banyak tanaman dari kawasan itu dieksport.
Liow berkata bagaimanapun pekebun buah-buahan berharap kawasan tanaman itu dapat diperbesarkan oleh kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#jeti
#Liow Tiong Lai
#nelayan
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan