awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tidak meminta pelanjutan gencatan senjata Iran, rundingan disifatkan 'produktif'
Ketua Tentera Pakistan lawat Tehran dalam usaha hidupkan semula rundingan AS–Iran
Pasukan pengaman PBB di Lubnan kata tentera Israel hentikan kovoinya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHL, PGA tahan tiga individu dalam Ops Bersepadu Khazanah di Semporna

Reuters
Reuters
24/02/2026
10:13 MYT
JHL, PGA tahan tiga individu dalam Ops Bersepadu Khazanah di Semporna
Jika sabit kesalahan, Mohd Soffian berkata pesalah boleh dikenakan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM250,000 serta penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun. - Gambar JHL Sabah
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga individu dalam Ops Bersepadu Khazanah berkaitan aktiviti penyimpanan serta penyediaan hidupan liar sebagai hidangan eksotik kepada pelancong di sebuah resort pelancongan di Semporna, semalam.
Pengarah JHL Sabah Mohd Soffian Abu Bakar berkata dalam operasi itu pihak penguat kuasa merampasseekor tenggiling (Manis Javanica) hidup iaitu spesies hidupan liar dilindungi sepenuhnya selain beberapa hidangan juga dipercayai melibatkan haiwan dilindungi.
"Beberapa individu ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Tenggiling merupakan spesies dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual I Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tiada sebarang lesen atau permit dikeluarkan kepada mana-mana individu atau premis termasuk premis pelancongan untuk memiliki, menyimpan, menjual atau menyediakan spesies tersebut sebagai hidangan.
Jika sabit kesalahan, Mohd Soffian berkata pesalah boleh dikenakan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM250,000 serta penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun.
Beliau berkata jabatannya memandang serius sebarang aktiviti penyediaan hidupan liar dilindungi sebagai makanan eksotik kepada pelancong kerana amalan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjejaskan reputasi Sabah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang bertanggungjawab.
"Jabatan ini memberi amaran keras bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan terhadap mana-mana premis pelancongan yang terlibat dalam aktiviti berkaitan jenayah hidupan liar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JHL
#PGA
#hidupan liar
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan