awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing

Bernama
Bernama
14/12/2024
05:15 MYT
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Serbuan dilakukan susulan aduan awam mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan berkenaan. - Gambar/ JIM
DENGKIL: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi, dalam Ops Sapu.
Pengarah Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata serbuan oleh 152 pegawai JIM Selangor antara 3.45 pagi dan 6 pagi itu dilancarkan susulan aduan awam mengenai kehadiran ramai warga asing di kawasan berkenaan, dan pihaknya telah memeriksa 89 penghuni setinggan dalam serbuan itu.
Bercakap kepada media di penghujung operasi di sini pagi ini, beliau berkata 30 lelaki dan 19 wanita berumur 17 hingga 55 tahun ditahan dalam operasi berkenaan, bagi kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih daripada tempoh masa yang dibenarkan.
Beliau berkata kebanyakan penghuni kawasan itu terdiri daripada kalangan warga Indonesia serta Myanmar, dan antara cabaran getir dihadapi pegawai JIM dalam serbuan itu ialah lokasi serbuan yang padat dengan rumah sewa serta jalan yang sempit, selain ada kalangan penduduk yang enggan memberi kerjasama.
Khairrul Aminus berkata semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk pemeriksaan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan setinggan
#warga asing
#pati
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan