awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Kuala Lumpur gagalkan cubaan seludup masuk dron bernilai RM1.56 juta

Bernama
Bernama
27/05/2025
13:10 MYT
JKDM Kuala Lumpur gagalkan cubaan seludup masuk dron bernilai RM1.56 juta
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha menunjukkan dron yang dirampas pada Sidang Media di Kompleks Kastam Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas 20 dron bagi kegunaan pertanian dianggarkan bernilai RM1.56 juta yang cuba diseludup masuk melalui Pelabuhan Utara, Klang.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Raizam Setapa@Mustapha berkata rampasan itu dibuat pada 5.15 petang, 23 April lepas susulan penahanan sebuah kontena bersaiz 20 kaki di pelabuhan berkenaan.
"Dron berkenaan dibawa masuk dari sebuah negara di Asia untuk pasaran tempatan dan diisytiharkan sebagai tuala dapur (kitchen towel)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pengimportan dagangan elektronik seperti dron memerlukan Certificate of Approval (COA) daripada SIRIM sebelum sesuatu dagangan dibawa masuk ke Malaysia.
Dalam kes berasingan, Raizam berkata JKDM Kuala Lumpur merampas 21,351 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM2.81 juta di pelabuhan sama pada 7 Mei lepas, selepas penahanan sebuah kontena membawa dagangan yang diikrar sebagai barangan perabot .
Beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Raizam berkata JKDM Kuala Lumpur turut menggagalkan usaha menyeludup keluar bunga ganja seberat kira-kira 10 kilogram (kg) melalui Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 April lepas.
Bungkusan itu diisytihar sebagai buku, pakaian serta alatan permainan.
"Hasil pemeriksaan imbasan yang dilakukan telah menemukan sejumlah bungkusan bahan organik dipercayai dadah jenis bunga ganja seberat 10.055 kg dianggarkan bernilai RM993,936, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKDM Kuala Lumpur
#cubaan seludup
#dron
#Pelabuhan Utara Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan