awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital

Bernama
Bernama
08/02/2026
04:40 MYT
JKKP keluar notis larangan susulan kemalangan maut tapak pembinaan hospital
Pada Jumaat, mangsa disahkan meninggal dunia selepas lori simen yang dipandunya terjatuh dan terbalik ke dalam kawasan pembinaan bawah tanah ketika kerja pembekalan konkrit sedang berjalan. - Foto JBPM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan dua notis larangan terhadap syarikat kontraktor terlibat kerja pembinaan sebuah hospital di sini, susulan kemalangan maut pada Jumaat lepas.
JKKP dalam kenyataan hari ini memaklumkan notis itu melibatkan larangan ke atas aktiviti pembekalan Ready-mix Concrete oleh syarikat terlibat dan larangan penggunaan laluan keluar masuk ke kawasan loji pembancuhan konkrit sehingga siasatan selesai dijalankan.
"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.
JKKP memaklumkan memandang serius setiap kemalangan di tempat kerja dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang gagal mematuhi peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Dalam kejadian 11.42 pagi 6 Feb, seorang lelaki Indonesia maut selepas lori simen dipandunya terjatuh dan terbalik ke dalam kawasan pembinaan aras bawah tanah semasa menjalankan kerja pembekalan konkrit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#tapak pembinaan hospital
#notis larangan
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami