awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM akan pastikan tiga syarat kerajaan Sweden dipatuhi - Rohani

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2014
09:16 MYT
JKM akan pastikan tiga syarat kerajaan Sweden dipatuhi - Rohani
Anak-anak pasangan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal tiba di KLIA pagi tadi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan pematuhan tiga syarat ditetapkan kerajaan Sweden.
Ia juga membolehkan empat anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di negara itu, dibawa pulang ke tanah air.
Menurut laporan Bernama, syarat itu selaras dengan Perkara 3 dan Perkara 20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
"Tiga syarat dikenakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden iaitu kerajaan Malaysia menerusi JKM perlu menghantar laporan berkala, mengadakan sesi kaunseling kepada anak-anak tersebut dan memastikan "social assurance" atau jaminan sosial yang terkandung dalam Perkara 3 dan 20 CRC dipatuhi.
"Sebagai menteri bertanggungjawab saya akan pastikan JKM melaksanakan ketiga-tiga syarat tersebut," katanya beliau.
Beliau menjelaskan Perkara 3 memberi penekanan berhubung 'kebajikan dan kepentingan kanak-kanak' manakala Perkara 20 berkaitan 'hak kanak-kanak yang berhak mendapat hak berada di bawah jagaan ibu bapa yang telah dinafikan".
"Kedua-dua perkara ini telah diberi penekanan yang sebaik mungkin bagi membolehkan kanak-kanak ditempatkan bersama keluarga Muslim dan juga untuk membawa kanak-kanak pulang ke Malaysia," katanya.
"Social assurance ini merujuk kepada kesanggupan kerajaan Malaysia untuk memastikan semua hak kanak-kanak seperti pelindungan, pembangunan, kehidupan dan penyertaan yang terkandung dalam CRC terpelihara apabila mereka pulang ke Malaysia," kata Rohani.
CRC merupakan konvensyen yang telah diterima pakai oleh hampir seluruh negara yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Malaysia telah menandatangani atau meratifikasi CRC pada 1995.
Topic Berkaitan
##SwedenLetThemGo
#anak
#Azizul Raheem Awalludin
#Malaysia
#Rohani Abdul Karim
#Shalwati Nurshal
#Sweden
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan