JKM Daerah SPU kesan ibu kandung, waris kanak-kanak perempuan tiga tahun

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sedang mengesan ibu kandung serta waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKM berkenaan memaklumkan, kanak-kanak itu dilaporkan telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang penjaga dikenali sebagai Layla Yamna Abdul Hajar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Hasil siasatan Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah SPU mendapati ibu kandung kanak-kanak berkenaan, Nurul Izzati Mohamad A’sri, 29, tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setakat ini.
“Alamat terakhir ibu kandung adalah di Yan, Kedah, dan dimaklumkan bekerja di Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak berkenaan diminta tampil membantu dengan menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah SPU Norpatin Bakar melalui talian 04-5758715 atau 04-5758716, atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

