awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy

Bernama
Bernama
02/01/2026
11:30 MYT
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata 13 pegawai psikologi juga bersedia untuk membantu. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Sebanyak 617 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak sedia digerakkan bagi perkhidmatan pengurusan bencana termasuk banjir.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata 13 pegawai psikologi juga bersedia untuk membantu.
"Dari segi pegawai dan kakitangan kita memang sedia secara maksimum, kita juga ada pasukan sokongan psikologi (PST) seramai 270 orang dan sukarelawan JKM seramai 230 orang.
"Kita tidak mahu mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) rasa tidak selesa terutamanya kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Surau Ar-Rahman, Kampung Sungai Batu, di sini, hari ini.
Setakat petang ini, jumlah mangsa banjir di Sarawak dicatatkan sebanyak 1,178 orang daripada 300 keluarga dengan 10 PPS aktif.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan mangsa terlibat adalah dari Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Sungai Batu, Kampung Surih Iban, Taman Malihah, Kampung Tengah Sungai, Kampung Rantau Panjang dan Kampung Sungai Maong di sekitar Kuching.
Turut terjejas Kampung Plaie di Kota Samarahan dan Kampung Siang Siang di Lawas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKM Sarawak
#banjir
#pengurusan bencana
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan