awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNJ akan keluarkan laporan penuh kematian kanak-kanak

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2023
07:46 MYT
JKNJ akan keluarkan laporan penuh kematian kanak-kanak
Sebelum itu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi Isnin, disyaki disebabkan strok haba. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) diminta menyediakan laporan lengkap berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipercayai akibat strok haba pada Isnin.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
"Saya sudah maklum berita tersebut sudah tular dan telah mengarahkan JKNJ untuk sediakan laporan lengkap.
"JKNJ akan keluarkan kenyataan dalam waktu terdekat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Sebelum itu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi Isnin, disyaki disebabkan strok haba.
BACA: Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Katanya, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam, Ahad lalu.
Beliau berkata, pada mulanya murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Bandar Kluang itu termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka demam biasa dan memakan ubat.
Syahrol Azmi berkata, doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan ada radang otak.
Beliau berkata, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#strok haba
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun
#septic shock secondary to meningoencephalitis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan