awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Hubungan Malaysia-Thailand diperkukuh melalui diplomasi budaya - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNS nafi infografik tular kes TB di Sook, Keningau

Bernama
Bernama
09/03/2026
15:03 MYT
JKNS nafi infografik tular kes TB di Sook, Keningau
Orang ramai disaran sentiasa merujuk kepada sumber maklumat sahih dan rasmi seperti Kementerian Kesihatan (KKM), JKNS atau Hospital Keningau. - Foto Facebook/Sabah Revolusi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini menafikan kesahihan satu infografik yang tular di media sosial berhubung dakwaan berlaku peningkatan kes Tuberkulosis (TB) yang membimbangkan di daerah Sook dan Keningau.

Dalam satu kenyataan, JKNS memaklumkan maklumat serta nasihat berhubung pemakaian pelitup separuh muka yang sedang tersebar itu bukan kenyataan rasmi daripada Hospital Keningau atau mana-mana kakitangannya.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat kesihatan yang tidak sahih,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Menurut JKNS penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai disaran sentiasa merujuk kepada sumber maklumat sahih dan rasmi seperti Kementerian Kesihatan (KKM), JKNS atau Hospital Keningau bagi mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan.

JKNS turut menegaskan komitmennya untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat serta memastikan maklumat kesihatan yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat dan boleh dipercayai.

“Kerjasama semua pihak dalam memastikan penyebaran maklumat yang bertanggungjawab amat dihargai,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#JKNS
#TB
#palsu
#infografik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan