awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IRGC seru orang awam kenal pasti kehadiran tentera AS di seluruh rantau
Pentadbiran Trump pertimbang longgarkan undang‑undang perkapalan AS untuk bendung kenaikan harga bahan api
Konflik Asia Barat: Pangkalan tentera AS akan diserang jika tidak ditutup - Khamenei
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor komited tangani konflik manusia-gajah

Bernama
Bernama
12/03/2026
15:18 MYT
Johor komited tangani konflik manusia-gajah
Arthur Joseph Kurup (dua, kanan) menyempurnakan gimik flag-off pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti dan Flag-off Operasi Bersepadu Khazanah peringkat Semenanjung Malaysia 2026 di Dataran Tangkak, pada Khamis. - Gambar Bernama
Kerajaan Negeri Johor memberi perhatian serius terhadap konflik manusia-gajah menerusi pelbagai langkah pengurusan hidupan liar bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan biodiversiti.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, Johor kini dianggar mempunyai antara 120 hingga 160 ekor gajah liar yang tertumpu di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.
"Situasi itu menyebabkan tanaman penduduk dirosakkan akibat pencerobohan gajah dan ini memerlukan pendekatan lebih tersusun bagi membantu keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian haiwan liar.
"Untuk itu, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Konflik Manusia dan Gajah selain melaksanakan beberapa langkah termasuk operasi translokasi gajah serta pembangunan kawasan bank makanan gajah bagi mengurangkan konflik tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Renjer Komuniti serta pelepasan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Peringkat Semenanjung Malaysia 2026 di Dataran Ledang, di sini, pada Khamis.
Katanya, kerajaan negeri juga sedang membangunkan Santuari Gajah Johor di Kota Tinggi yang akan menjadi pusat perlindungan dan pendidikan konservasi hidupan liar.
Arthur berkata, projek lintasan hidupan liar bernilai RM30 juta di laluan Batu Pahat ke Jamaluang yang dijangka siap pada 2028 akan berfungsi sebagai koridor ekologi yang menghubungkan beberapa kawasan hutan simpan utama di Johor.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 1,950 Renjer Komuniti di Semenanjung Malaysia dilantik menerusi peruntukan RM60.6 juta bagi memperkukuh usaha perlindungan biodiversiti dan rondaan hutan.
"Daripada jumlah tersebut, 159 renjer terdiri daripada veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara polis, komuniti Orang Asli serta penduduk tempatan akan ditempatkan di Johor bagi membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memantau kawasan hutan serta mengekang aktiviti pencerobohan dan pemburuan haram.
"Mereka ini adalah perisai negara dalam rimba dan kita tidak akan bertolak ansur dengan jenayah bioversiti," katanya.
Bagi pelaksanaan OBK di seluruh negara pula, beliau berkata, dari tempoh 2019 hingga 2025, sebanyak 3,000 kegiatan pencerobohan telah ditumpaskan dengan nilai sitaan berjumlah RM413.1 juta direkodkan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bioversiti
#konflik gajah
#Perhilitan
#koridor ekologi
#Arthur Joseph Kurup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan