awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut dalam kemalangan berasingan di Lipis
Cuba umum bebaskan 51 banduan di bawah perjanjian dengan Vatican
AS benarkan pembelian minyak Rusia yang terdampar di laut selama 30 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: IRGC seru orang awam kenal pasti kehadiran tentera AS di seluruh rantau

Astro AWANI
Astro AWANI
12/03/2026
21:47 MYT
Konflik Asia Barat: IRGC seru orang awam kenal pasti kehadiran tentera AS di seluruh rantau
IRGC mendakwa bahawa AS sedang berusaha “menggunakan saudara-saudara Arab kami sebagai perisai manusia.” - Foto REUTERS
Ketegangan konflik di Asia Barat terus meningkat apabila organisasi risikan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengeluarkan seruan terbuka meminta orang awam di seluruh rantau agar membantu mengenal pasti keberadaan kira-kira 11,000 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang didakwa tinggal di hotel dan penginapan persendirian.
Seruan itu dilaporkan oleh agensi berita Iran yang bersekutu dengan IRGC, Tasnim.
Dalam kenyataan tersebut, IRGC mendakwa bahawa AS sedang berusaha “menggunakan saudara-saudara Arab kami sebagai perisai manusia.”
Mereka menegaskan bahawa pihaknya kini “dipaksa untuk mengenal pasti dan mensasarkan orang AS”, serta menasihatkan orang awam agar tidak menempatkan tentera AS di hotel atau berada berhampiran lokasi penempatan mereka.
IRGC turut menyifatkan kerjasama orang awam sebagai suatu kewajipan agama, menyeru masyarakat untuk melaporkan lokasi persembunyian tentera AS melalui aplikasi Telegram.
“Adalah kewajipan Islam anda untuk melaporkan dengan tepat tempat persembunyian pengganas AS dan menghantar maklumat itu kepada kami di Telegram,” menurut kenyataan tersebut.
Seruan ini menambah lagi kebimbangan antarabangsa mengenai potensi serangan balas terhadap tentera AS di rantau ini, pada saat Iran dan AS sedang bertembung dalam siri serangan udara, peluru berpandu dan dron sejak beberapa minggu lalu.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#anggota tentera AS
#IRGC
#lokasi persembunyian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan