awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor mahu wujud landasan hubungan dengan Sabah dalam pelancongan

Bernama
Bernama
24/11/2017
23:23 MYT
Johor mahu wujud landasan hubungan dengan Sabah dalam pelancongan
Kerajaan Johor berhasrat mewujudkan landasan hubungan dengan kerajaan Sabah dan penggerak industri pelancongan di negeri ini, dalam usahanya untuk melonjakkan sektor pelancongan negeri di selatan tanah air itu. -Gambar fail
Kerajaan Johor berhasrat mewujudkan landasan hubungan dengan kerajaan Sabah dan penggerak industri pelancongan di negeri ini, dalam usahanya untuk melonjakkan sektor pelancongan negeri di selatan tanah air itu.
Pengarah Pelancongan Johor, Abdul Malik Ismail berkata kekuatan dan kelebihan yang ada pada Johor dan Sabah bukan sahaja akan melonjakkan industri pelancongan masing-masing, malah hubungan dua negeri itu akan menyemarakkan lagi industri pelancongan negara dan mengeratkan semangat perpaduan.
"Kerajaan Johor dapat mencontohi dan mempelajari bagaimana kerajaan Sabah mentadbir urus serta memasarkan produk pelancongannya dengan begitu efisien dan efektif sekali.
"Walaupun pernah dilanda beberapa peristiwa pahit, sektor pelancongan terus menyumbang dan menjadi salah satu industri yang memacu ekonomi Sabah," katanya pada majlis makan malam Pelancongan Johor dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini pada Jumaat.
Abdul Malik berkata Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan pelancong tempatan mahupun luar negara, dan percaya Johor boleh memajukan sektor pelancongannya seperti Sabah.
"Ketika ini, Johor sedang mengalami transformasi pembangunan yang begitu ketara dengan banyak projek pembangunan mega sedang rancak dijalankan, termasuk projek berkaitan pelancongan, terutamanya kawasan Wilayah Iskandar, Desaru dan Mersing.
"Melihat kepada senario ini, kerajaan Johor percaya dan penuh yakin bahawa landskap serta hala tuju industri pelancongan Johor akan berubah ke arah lebih baik dan hasrat menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan utama bernilai tinggi menjelang 2023 boleh dicapai," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengurus Besar STB Noridah Osman berkata kekerapan 14 kali perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Johor Bahru oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Sabah dan Johor.
Malah, beliau berkata kekayaan khazanah budaya dan alam semula jadi dimiliki dua negeri ini membolehkan Sabah dan Johor berkongsi persamaan yang ada.
"Kita patut berasa bertuah dan harus mempromosikan dan menghargai warisan kita.
"Kekayaan khazanah dimiliki bersama patut kita gunakan untuk mengenali antara satu sama lain, sekali gus mengukuhkan perpaduan antara kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Malik Ismail
#Johor Bahru
#Kota Kinabalu
#landasan hubungan
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan