awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor, Perak, Negeri Sembilan catat peningkatan kes denggi

Bernama
Bernama
10/07/2015
00:19 MYT
Johor, Perak, Negeri Sembilan catat peningkatan kes denggi
Johor, Perak dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh 28 Jun hingga 4 Julai berbanding minggu sebelumnya.
Johor, Perak dan Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan kes demam denggi bagi tempoh 28 Jun hingga 4 Julai berbanding minggu sebelumnya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Johor mencatatkan peningkatan tertinggi dengan 130 kes diikuti Perak dengan 48 kes dan Negeri Sembilan 32 kes berbanding minggu sebelumnya.
Katanya dari Januari hingga 4 Julai, jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilaporkan adalah 59,365 kes berbanding 44,518 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014.
"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 33.4 peratus (14,847 kes) dengan Selangor mencatatkan kes terbanyak dengan 58 peratus daripada kes keseluruhannya.
"Manakala bagi tempoh yang sama, jumlah kumulatif kematian denggi juga meningkat dengan 165 kematian, berbanding 85 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014 , peningkatan sebanyak 80 kematian (94.1 peratus)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan juga telah melaksanakan satu tindakan bersepadu iaitu 'Ops Gempur Aedes' dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bertujuan mengurangkan kejadian kes denggi pada masa ini.
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan