awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor rancang sediakan bekalan minyak masak untuk golongan asnaf

Bernama
Bernama
17/07/2022
20:04 MYT
Johor rancang sediakan bekalan minyak masak untuk golongan asnaf
Minyak masak bersubsidi akan dijual secara terus kepada golongan asnaf. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Johor merancang untuk menyediakan bekalan minyak masak bersubsidi kepada golongan asnaf di negeri itu bagi mengatasi masalah kesukaran mendapatkan produk tersebut sekali gus meringankan beban mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam masa terdekat.
Beliau berkata sekiranya perkara itu dipersetujui, MAIJ akan bertindak sebagai perantara bagi tujuan pengedaran minyak masak kepada golongan memerlukan.
"Tujuannya ialah untuk memudahkan golongan asnaf dan minyak masak ini akan dijual secara terus kepada mereka.
"Segala urusan jual beli akan diuruskan oleh MAIJ dan pihak ini akan menghantar minyak masak ke rumah mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Johor Bersih Peringkat Mukim-Mukim Daerah Batu Pahat di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam Johor
#maij
#golongan asnaf
#minyak masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan