awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu

Bernama
Bernama
03/01/2025
14:42 MYT
Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Mohd Fared berkata keputusan ini mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan melibatkan 10 surau kariah, sembilan musolla sekolah serta pusat tahfiz, dan satu di perkampungan Orang Asli. - Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata keputusan ini mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan melibatkan 10 surau kariah, sembilan musolla sekolah serta pusat tahfiz, dan satu di perkampungan Orang Asli.
Lokasi terlibat adalah di Johor Bahru, Batu Pahat, Mersing, Kulai, Muar, dan Kota Tinggi, setelah keputusan ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
"Langkah ini memudahkan pelajar, pekerja sektor awam, dan swasta menunaikan solat Jumaat memandangkan Jumaat kini menjadi hari bekerja dan bersekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Johor Aznan Tamin berkata pelaksanaan di sembilan musolla sekolah dan tahfiz akan diurus pentadbiran sekolah, dengan imam, khatib, dan bilal bertauliah daripada Jabatan Mufti Johor.
"Setakat ini sembilan musolla sekolah dan pusat tahfiz telah dipilih bagi pelaksanaannya, kita akan lihat kesesuaian dan sekiranya terdapat keperluan untuk ditambah, ia akan dipertimbangkan," katanya selepas solat Jumaat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini.
Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Medini Hairulnizam Ramlan, menyambut baik inisiatif ini.
"Musolla sekolah kami mampu menampung hingga 700 jemaah dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat," katanya yang merupakan khatib dan imam solat berkenaan. .
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sebelum ini bertitah agar cuti hujung minggu negeri ditukar kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025, yang mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#masyarakat setempat
#sektor awam
#cuti hujung minggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan