awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor umum bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan gaji

Reuters
Reuters
04/03/2026
07:19 MYT
Johor umum bantuan khas kewangan Aidilfitri sebulan gaji
Onn Hafiz menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji kepada 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak negeri itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.
“Kerajaan negeri berharap pemberian ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti dalam memacu Johor ke tahap lebih baik,” katanya.
Onn Hafiz berkata pemberian bantuan itu melibatkan 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan badan berkanun negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#penjawat awam
#bantuan
#kewangan
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan