awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok

Bernama
Bernama
17/02/2025
13:00 MYT
JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Aedy Fadly berkata pembangunan aplikasi itu menggunakan teknologi mudah alih terkini bagi memastikan platform yang disediakan lebih kukuh dan cekap dalam menangani isu ketercapaian terhad sistem JPJeBid sedia ada. - Gambar JPJ
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok, kata Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli.
Dalam kenyataan hari ini, Aedy Fadly berkata pengguna boleh memuat turun aplikasi JPJeBid Mobile menerusi Apple AppStore, Google PlayStore atau Huawei AppGallery dan log masuk menggunakan akaun JPJeBid sedia ada.
Beliau berkata sepanjang tempoh ujian rintis itu, saluran bidaan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada portal JPJeBid https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/ dan aplikasi JPJeBid masih boleh digunakan seperti biasa.
"Aplikasi JPJeBid Mobile dilengkapi dengan beberapa fungsi baharu antaranya mesra pengguna, navigasi, notifikasi dan ciri-ciri personalisasi," katanya.
Aedy Fadly berkata pembangunan aplikasi itu menggunakan teknologi mudah alih terkini bagi memastikan platform yang disediakan lebih kukuh dan cekap dalam menangani isu ketercapaian terhad sistem JPJeBid sedia ada.
Bagi memastikan aplikasi JPJeBid Mobile memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, beliau berkata JPJ akan melaksanakan kaji selidik secara dalam talian bermula esok melalui peti masuk akaun pengguna JPJeBid secara berperingkat.
"Maklum balas daripada pengguna JPJeBid sepanjang tempoh ujian rintis amat penting bagi tujuan penambahbaikan aplikasi JPJeBid Mobile," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Apple
#Google
#dalam talian
#JPJeBid Mobile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan