awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPKSN teliti kertas pembentangan kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara

Bernama
Bernama
20/08/2024
22:50 MYT
JPKSN teliti kertas pembentangan kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara
Saifuddin Nasution mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) di Putrajaya, pada Selasa. - Gambar Facebook Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) melibatkan beberapa kementerian dan agensi berkaitan dengan kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara telah mengangkat kertas-kertas pembentangan untuk diteliti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan, antaranya melibatkan peruntukan RM1 bilion bagi pembangunan sempadan Sarawak dan Sabah dengan Kalimantan, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Sepertimana kita maklum berhubung perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara, maka Malaysia juga perlu lebih proaktif dan bersedia dengan pelbagai perubahan yang bakal berlaku di rantau ini," katanya.
Beliau berkata, mesyuarat JPKSN Bil-2 di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipengerusikannya semalam, turut meneliti cadangan tapak strategik bagi pembinaan Pos Kawalan Sempadan baharu serta yang sedia ada, selain pembangunan sempadan bagi Bukit Kayu Hitam-Sadao serta Rantau Panjang-Golok.
Katanya, mesyuarat tersebut juga membuat ketetapan terhadap perkara berbangkit berkaitan dasar keselamatan di sempadan negara.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawalan sempadan negara
#kertas pembentangan
#Saifuddin Nasution Ismail
#pembangunan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan